FW CRUSTACEA

Pusat Sehenti Penternakan Lobster Air Tawar

Lobster Air Tawar Watermark
Lobster Air Tawar (LAT)?

LAT atau dikenali juga sebagai Udang Kara Air Tawar adalah spesies udang sungai tempatan timur laut Australia dan Papua New Guinea.
Rasanya yang manis dan pejal seakan King Crab dan Lobster Laut [rujukan] adalah sangat sesuai untuk menjadi alternatif kepada Lobster Laut.
Harga LAT adalah lebih murah dan mampan (sustainable) kerana boleh diternak didalam sangkar atau secara dalaman (indoor).
Lobster Air Laut terutamanya jenis “Maine” yang dijual di pasaran sekarang adalah daripada tangkapan liar dan bukan dari sumber ternakan (belum dapat diternak secara komersial sehingga kini) [rujukan].

LAT kini semakin mendapat tempat di kebanyakkan kedai makan dan restoren, sambutan hangat di pasaran tidak dapat ditampung dengan bekalan yang sedia ada memandangkan jumlah penternak komersial terhad di Malaysia.

#FWC

Penternakan bermula pada Oktober 2018 dan mendapat sambutan yang hangat, FWC telah berdaftar di SSM pada Januari 2019.

Bermula dengan pusat penetasan di Ampang kini FWC giat membangunkan projek penternakan secara komersial di Bestari Jaya, Selangor di atas tanah seluas 2 ekar sebagai “Projek Percubaan” dan dijangka beroperasi pada penghujung Disember 2021.

Seiring pembangunan ladang komersil, FWC telah membuka divisyen baru iaitu FWC Solution untuk bersama membangunkan teknologi khusus yang memfokuskan kepada akuakultur dan IOT (Internet of Things).

PERANCANGAN 2021

PROJEK PERLADANGAN KOMERSIAL

DIVISYEN TERAS

PENETASAN

“Lasak dan Cepat Membesar”

Divisyen pertama dan tulang belakang FWC. Penetasan dijalankan menggunakan sistem tertutup, proses pembenihan adalah hasil R&D universiti dan induk terpilih bagi memastikan benih yang tahan lasak dan genetik cepat membesar.

PEMBESARAN

“Lobster Premium di Depan Pintu Anda”

Bertanggungjawab penuh menjalankan pembangunan projek perladangan. Blueprint ladang berpandukan dokumentasi biosekuriti yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF). Menjanjikan hasil ternakan premium bebas antimikrobial dan hormon.

TEKNOLOGI

“Dari Penternak kepada Penternak”

Atas saranan kerajaan dan keprihatinan, divisyen ini telah ditubuh dan didaftarkan pada Januari 2021. Bertanggungjawab menjalankan R&D dan membangunkan teknologi khusus untuk penternak bagi membantu memaksimakan hasil tuaian ternakan.