Udon Lobster dan Seafood

Published by Afiq on

Udon Lobster dan Seafood

Udon Lobster

Resepi : Udon Lobster dan Seafood

Bahan-bahan :​

  • 1/2 bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cubit bijan
  • Perencah Sup Siam Adabi
  • 500ml Air
  • 1 pek kecil udon
  • 1 cubit garam
  • 6 ekor lobster
  • 6 ekor udang
  • 6 ekor sotong

Cara-cara :

  • Persiapkan mee udon dahulu, panaskan air sehingga menggelegak dan masukkan secubit garam.
  • Kemudian masukkan udon dan celurkan selama 5 minit. Toskan air dan lalukan air sejuk kemudian ketepikan untuk persiapan sup udon.
  • Potong bawang putih dan bawang besar secara memanjang.
  • Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang besar. Goreng sehingga warna kekuningan dan masukkan bijan.
  • Setelah bijan bertukar warna, masukkan air.
  • Setelah menggelegak masukkan perencah Sup Siam Adabi. Kalau mahu lebih pekat, masukkan dua perencah sekali gus dan lada hitam.
  • Siap! masukkan lobster, udang, dan sotong dan celurkan ke dalam kuah bila hendak dihidangkan. Setelah bahan-bahan basah tadi kemerahan udon anda sedia untuk dihidangkan!.
Categories: Resepi

Afiq

Nature and Waterfall Lover - Enthusiast Hiker - Fusion menu creator

0 Comments

Tinggalkan Balasan

Avatar placeholder

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *