DIVISYEN TEKNOLOGI

Berdaftar di atas nama FWC SOLUTION.
Menjalankan R&D untuk memastikan teknologi yang digunakan dan dibangunkan sesuai dengan keperluan akuakultur.

FWC percaya teknologi mampu membantu petani/penternak untuk mengeluarkan hasil yang berkualiti dan mengurangkan kos overhed. Setiap petani/penternak seharusnya mendapat akses kepada teknologi walau sekecil mana perladangan yang dijalankan.

Fokus R&D adalah membangunkan teknologi yang mampu milik dan sesuai untuk digunakan oleh semua petani/penternak.

teknologi
IOT

Mengadaptasi penggunaan sensor dan pengesan untuk menguji air atau tanah untuk memastikan ternakan dan tanaman di dalam keadaan selamat. Dengan memanfaatkan jaringan internet pengujian dapat dilakukan secara jauh dan tindakan dapat dilakukan dengan segera.

perisian
PERISIAN

Mendigitalkan pengurusan ladang seperti SOP atau rekod pengurusan secara maya yang mana boleh diakses di mana saja sebagai rujukan atau analisis.

aquaculture
AKUAKULTUR

Menguji keberkesanan jenis teknik penternakan akuakultur mengikut kesesuaian sistem yang akan digunakan. Mencadangkan dan menjadi pelatih kepada pekerja di ladang.

PROJEK

iKelulut

Projek hasil usahasama FWC danĀ Hiliran B. Kelulut. Masih di fasa mereka protoip sebagai modul IOT, kemungkinan sebagai sistem pengawasan sarang kelulut seperti menyimpan log suhu, kelembapan dan kekerapan pergerakan kelulut. Data-data ini dapat membantu pengusaha mengambil tindakan seperti menganalisa pemboleh ubah penyebab kepada pergerakan kelulut dan seterusnya menjanjikan pengeluaran madu yang konsisten.

Modul juga dilengkapi pengesan pergerakan sarang justeru mengurangkan kemungkinan kecurian.

Status Kemajuan
Merangka Sistem 10%
Pendigitalan Pusat Penetasan

Aplikasi telah dibangunkan khusus untuk Pusat Penetasan di Ampang. Sistem telah diuji selama 5 bulan dan sudah hampir mengakhiri fasa pengujian Beta.

FWC-1-Stop atau F1S sebagai singkatan yang menggambarkan aplikasi ini berpotensi besar untuk merangkumi seluruh pengurusan proses penternakan/perladangan.

Antara fungsi utama aplikasi ini adalah kemampuanĀ menganggarkan tempoh telur menetas dengan ketepatan 80%-90%, aplikasi ini membantu pengurusan Pusat Penetasan membuat anggaran pengeluaran anak benih setiap bulan.

Aplikasi ini telah digunakan oleh kumpulan pengurus pusat penetasan dan @geng penternak di bawah bimbingan FWC.

FWC melihat kemungkinan untuk menjadikan aplikasi ini dapat diakses kepada petani/penternak umum seperti penternakan keli dan tilapia.

Status Kemajuan
Pengujian Beta 90%
AkuaCare

Projek utama FWC untuk melengkapi ladang komersial yang bakal dibangunkan. Mempunyai sensor yang penting untuk mengesan parameter ternakan air seperti suhu, kekeruhan air, peratus cahaya, tds, ph dan sensor lain yang boleh diapdatasi kepada modul ini.

FWC Solution melihat kemungkinan modul ini untuk dijadikan pakej sistem yang lengkap kepada penternak lain dengan kos yang berpatutan kerana produk ini dibangunkan secara lokal dan dapat mengurangkan kos import.

FWC yakin kemampuan sistem ini memandangkan FWC juga menjalankan penternakan di dalam akuakultur.

Status Kemajuan
Protaip 18%