TDS vs TSS

Published by Fairus Munir on

TDS vs TSS?

TDS Meter
Kredit kepada "slinya.en.made-in-china.com"

Pernah guna atau pernah tengok alat ni?

Pernah guna tapi tak pernah tahu kenapa guna 🤦‍♂️?

Tak pernah nampak tapi pernah dengar singkatan TDS?

Tak pernah dengar singkatan tapi nak tahu pasal TDS?

Jangan risau! Hampa kat tempat yang betul! Memandangkan hampa dah dekat sini kita kupas terus satu lagi “istilah” (terms) adik-beradik TDS iaitu TSS dan apa perbezaan kedua istilah singkatan ni.

Kita ambil satu petikan dari laman web rasmi Institute Biotechnologi dari US link.

TSS is measured by weighing the dried material on the filter. TDS is defined as the portion of organic and inorganic solids passing through the same filter

Okey tak? Faham kan?

“Kalau Copy & Paste pastu suruh baca balik baik tak payah nak buat blog post.” Getus hati hampa la sapa lagi.

Kami cuba terangkan dengan lebih jelas dekat bawah.

Box filter
Kredit kepada "tokopedia.com"

Ini adalah penapis jenis top filter untuk akuarium atau nama umumnya penapis mekanikal.

Secara mudahnya, apa yang lekat di dalam penapis adalah TSS dan apa yang ‘ghaib’ dan lalu penapis yang sama di panggil TDS.

Huh? Mudah kan?

Jadi penapis standard kita pakai tu yang kita guna nak tapis najis, makanan tak habis, keledak dasar akuarium dan lain-lain yang nampak dengan mata kasar tu dipanggil TSS sebab masih mampu kita asing dari sistem.

Berbalik kepada TDS, jadi TDS adalah sukatan untuk menyukat kandungan ion bendasing di dalam air contohnya seperti kalsium, magnesium, sodium dan lain-lain kemungkinan bahan-bahan lain mengikut lokaliti anda atau apa yang anda letak di dalam sistem anda. 

TDS adalah bacaan asas sahaja untuk tahu berapa banyak bahan umum ini dalam sistem tetapi untuk tahu lagi jelas memerlukan ujian yang lebih khusus contoh seperti ujian General Hardness (GH) untuk menguji kalsium.

Istilah TDS, EC dengan CF adalah antara jenis bacaan yang terkenal di antara pekebun moden hidroponik dan aquaponik. 

Bacaan asas kepada TDS adalah EC (electrical conductivity) atau keupayaan air yang diuji untuk mengalirkan elektrik. Lagi tinggi EC lagi banyak bahan di dalam air tersebut.

Dari sukatan EC ni kita boleh manipulasi untuk dapatkan bacaan TDS, analoginya mcm kita tukar Meter ke Centimeter, cuma perubahan kepada unit sahaja.

Bacaan TDS jugak sebenarnya terbahagi kepada beberapa cara sukatan bahan di dalam air. Dua jenis bacaan asas terkenal adalah NaCL (Sodium Chloride) dan KCL (Potassium Chloride). Maksud sukatan bahan ni bukan nak sukat NaCL/KCL dalam air tu cuma cara nak kira saja berasaskan dua jenis bahan ni.

Kalau rajin boleh baca perbincangan di sini.

Alat sukat TDS yang kami tunjukkan di atas selepas pembacaan teknikal kami dapati menggunakan pembacaan TDS asas NaCL. Jadi di M’sia rata-rata kami mendapati ramai yang menggunakan alat TDS ini.

Itu saja untuk perbincangan kali ni, semoga bermanfaat!

Jumpa lagi untuk perkongsian akan datang. Jika anda ada topik yang menarik ingin kami kongsi, boleh komen di bawah!


Fairus Munir

⛰️ Suka melihat alam semula, 🏃‍♂️ Permainan extreme, 🚄 Mencuba benda baru dan 💻 Freelancer programmer di didiynyer.com

0 Comments

Tinggalkan Balasan

Avatar placeholder

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.