Prosedur Beli Pukal Harga Murah

Published by Fairus Munir on

Procedur Beli Pukal Harga Murah

Pembelian Secara Pukal

Tahukah anda, pembelian secara pukal dapat menjimatkan wang poket/syarikat anda sehingga 20% daripada harga asal LAT?!!! Itu bermaksud keuntungan bersih anda juga boleh meningkat sehingga 20% juga!!! 

Pembelian secara pukal untuk perniagaan anda atau majlis anda adalah sangat dialukan dan kami juga sangat-sangat berbesar hati menjadi rakan strategik perniagaan anda .

Setelah beberapa siri pembelian secara pukal daripada pelanggan kesayangan FWC, pembelian dengan kami adalah sangat mudah (*seperti diberitahu pelanggan kamilah, harap-harap tak syok sendiri) dan lancar tapi bagi yang baru dan bakal menjadi pelanggan kami ramai tidak tahu dan tidak maklum dengan procedur (SOP) kami. 

Jadi kami terpanggil untuk berkongsi tentang perjalanan pembelian dan berharap dengan perkongsian kali ini dapat membantu untuk memudahkan pembelian anda dengan kami.

Cara procedur ni tak terhad kepada pembelian pukal sahaja ya! 

Ia termasuk semua jenis pembelian atau transaksi seperti benih, induk, set ternak, set kanvas, pallet dan lain-lain. Tapi kalau anda datang walk-in jadi tak perlu SOP ini.

Hubungi Kami

1) Hubungi Kami

Terus berhubung dengan wakil kami melalui no telefon, email, whatapps, telegram, atau paling mudah dengan menggunakan sistem mesej langsung kami di dalam laman web ini juga boleh!.

Periksa Stok

2) Nyatakan Hasrat Anda! (*okey nampak drama skit)

Beritahu wakil kami tentang hasrat jenis barang yang hendak dibeli. Jangan malu, jangan segan boleh cakap. Jangan beli orangnya sudah 😆. Wakil kami akan SEGERA periksa tentang ketersediaan barang yang dihasratkan.

Penghantaran Barang

3) Berbincang tentang masa penghantaran dan deposit.

Kami hanya melakukan sekali sahaja penghantaran setiap minggu secara pukal iaitu pada hari khamis/jumaat, tetapi kami fleksibel tentang bagaimana barang hendak dihantar contohnya menggunakan bas atau pos.
Setelah bersetuju dengan masa, cara penghantaran, dan kos penghantaran anda perlu mendahulukan 60% deposit dan selebihnya setelah anda dapat barang tersebut.
Oh! Jangan lupa minta resit, itu bukti anda sudah buat pembayaran deposit kepada kami ya!.

Penghantaran Kotak

4) Tunggu Barang Anda!

Semua dah setel, sekarang anda hanya perlu tunggu barang anda sampai! Mudah kan? Seperti ABC kan? Kalau anda berpuas hati dengan servis kami, harap dapat maklum balas kepada kami ya! Kami sangat-sangat komited dengan kepuasan pelanggan-pelanggan kesayangan kami.

TAMAT! 

Kami berharap perkongsian proses ini sangat mudah bagi anda! Jika anda ada cadangan untuk memudahkan lagi proses ini, maklumkan sahaja kepada kami!

Categories: SOP

Fairus Munir

⛰️ Suka melihat alam semula, 🏃‍♂️ Permainan extreme, 🚄 Mencuba benda baru dan 💻 Freelancer programmer di didiynyer.com

0 Comments

Tinggalkan Balasan

Avatar placeholder

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.