Apa Kaitan PH vs GH vs KH?

Published by Fairus Munir on

Apa Kaitan PH vs KH vs GH?

Hola Geng!

Harini kita akan membincangkan perkara paling (fundamental) di dalam penternakan terutamanya yang berkaitan akuakultur.

Kita akan membahaskan dengan menggunakan terma “layman terms” bagi memudahkan pemahaman dan penyampaian kerana kebanyakkan perkongsian rata-rata membahaskan dalam bahasa alien dan tak mesra pemula (noobies) 🙊.

Jom mula!

1) PH aka "Hidrogen Yang Berkuasa"

ph Scale

Tahukah apa nama panjang PH?

Ramai yang kurang tahu tapi dengan kita tahu nama sebenar akan membantu kita untuk lebih faham tentang ph.

PH dikenali dengan 2 nama panggilan iaitu “Power of Hydrogen” atau juga dikenali sebagai “Potential of Hydrogen”.

Disebabkan itu kami menggelarkan ph sebagai “Hidrogen yang Berkuasa“! 

Sebab?

Sebab semuanya berkisar tentang jumlah kandungan ion hidrogen di dalam cecair!

PH diukur menggunakan skala 0-14. Kadar hidrogen di dalam air menentukan samada cecair yang diuji bersifat alkali (bacaan atas 7), neutral (bacaan 7) atau asid (bacaan bawah 7).

Jadi berapa bacaan PH yang sesuai untuk ikan dan udang anda? Secara umum kebanyakkan spesies berkembang maju pada PH 6.5 – 8.5.

Ion hidrogen berlebihan akan menurunkan bacaan ph, manakala kurang ion hidrogen akan menjadikan air alkali. Kenapa asid seperti cuka bersifat asid? Kerana asid mempunyai ion hidrogen yang sedia untuk “didermakan” di sebabkan itu cuka mudah untuk bereaksi dengan bahan-bahan beralkali seperti baking soda. Biasa tengok kan orang letak dalam longkang tersumbat? Banyak buih keluar kan? Itu contoh paling senang untuk kita tengok keupayaan ion hidrogen yang berlebihan, ngeri kan 😶.

Kesimpulannya, lagi banyak ion hidrogen lagi rendah ph aka berasid.

2) GH aka "Si Pembekal Mineral"

Dikenali sebagai General Hardness atau kadangkala Total Hardness.

GH menyukat ion kalsium dan ion magnesium secara asasnya.

Kandungan mineral yang cukup sangat penting untuk pembangunan tulang, otot ikan, membantu penukaran kulit untuk udang, ketam atau apa-apa spesies krutacea dan juga termasuk membantu tumbesaran pokok air.

Kena dengan namanya “Si Pembekal Mineral“, bacaan GH akan meningkat seiring dengan meningkat kedua ion ini.

(GH) General Hardness

Awas! 

Tahu dengan jelas spesies ternakan anda samada sesuai dengan air keras (hard water) atau air lembut (soft water) sebelum menambah apa-apa supplement/mineral tambahan di dalam air, jangan overdos!

3) KH aka "Si Penjaga Keamanan"

carbonate bicarbonate hardness

👮 Wuuuu! 

“Si Penjaga Keamanan“? kenapa kami gelar sebagai penjaga keamanan? Seperti yang kita sentuh dalam point 1 tentang ph, kandungan ion hidrogen akan menjadikan bacaan ph kita kadang-kadang naik turun hanya dalam sekelip mata (**mungkin hanya dalam rangka masa 30 minit sahaja 1-2 tangga ph boleh naik atau turun!).

Kenapa tak elok?

Sebab ikan/udang/ketam atau apa sahaja ternakan akan stress seperti simptom tidak mahu makan, tidak aktif dan paling teruk penyebab utama kepada kematian mengejut. Jadi jelaslah antara kaitan ph dengan ion hidrogen di sini.

Haaa! Disini datangnya KH Si Penjaga Keamanan!

KH adalah bacaan jumlah carbonate dan bicarbonate di dalam sistem. Mencerminkan nama, KH dikenali sebagai Carbonate Hardness dan Total Alkalinity atau kadangkala juga dikenali sebagai Acid Neutralizing Capacity (ANC) iaitu keupayaan meneutralkan asid.

Jom masuk sikit tentang kimia air di sini!

Kenapa penting KH di dalam air? 

Kes 1: ion hidrogen berlebihan di dalam air (air menjadi asid) – ion carbonate akan “bergabung” dengan ion hidrogen tersebut dan menjadi ion bicarbonate, sekiranya masih ada ion hidrogen berbaki di dalam sistem, ion bicarbonate akan “bergabung” dan menghasilkan carbonic acid.

Kes 2: ion hidrogen kurang di dalam air (air menjadi alkali) – carbonic acid melepaskan ion hidrogen dan menjadi ion bicarbonate dan seterusnya menjadi ion carbonate sekiranya belum mencapai bacaan stabil (“equilibrium“).

Bacaan stabil bagi sistem yang mempunyai KH yang mencukupi adalah antara 7.0 – 8.5. Apa jadi sekiranya KH rendah? Jadi maksudnya kuranglah “polis” untuk menjaga “penjahat” jadi ph tetap akan naik dan turun secara tiba-tiba.

Jadi di ladang kami, team perladangan FWC sentiasa memastikan bacaan KH air kolam adalah di antara 8-12 dkh.

Kami mengesyorkan minimum bacaan KH sistem anda sekurangnya atas 5 dkh untuk memastikan ph stabil daripada pengaruh kandungan ion hidrogen.

Disebabkan itu kami menggunakan KH Booster (*link ke laman produk) untuk menaikkan KH secara selamat tanpa mengganggu bacaan GH, kerana penggunaan kapur seperti kulit kerang, batu karang atau dolomite akan mengambil masa dan dalam masa yang sama menyebabkan air menjadi keras kerana bahan-bahan ini juga melepaskan ion kalsium dan ion magnesium! 

Kelebihan lain KH Booster keluaran FWC mempunyai ion bicarbonate yang tinggi yang bermaksud sistem akan mempunyai “bank kecil” ion hidrogen sekiranya mahu menaikkan atau menurunkan ph nanti!

Nampaknya sudah sampai kita ke penghujung perkongsian!

Semoga dengan perkongsian yang pendek ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan terbaik untuk akuarium dan sistem ternakan anda.

Jika anda ada soalan, boleh komen di bawah! Jangan lupa follow kami di ig dan fb ya😆
@fwcrustacea


Fairus Munir

⛰️ Suka melihat alam semula, 🏃‍♂️ Permainan extreme, 🚄 Mencuba benda baru dan 💻 Freelancer programmer di didiynyer.com

0 Comments

Tinggalkan Balasan

Avatar placeholder

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.