

RM 9.00
RM 12.00
RM 49.50
KH BOOSTER
“Dos secara selamat, mudah dan tepat”
Solusi selamat untuk menaikkan KH / Penampan Bikarbonat-Karbonat (“Carbonate Buffering“).
Setiap ml mempunyai kepekatan karbonat yang tinggi mengikut variasi Booster.
Untuk memudahkan dos, produk ini di datangkan bersama Kalkulator Dos untuk memastikan sasaran KH dapat dinaikkan dengan tepat.
Jenis Produk : Supplement
Saiz : 250ml | 5l
APA ITU KH BOOSTER?
KH Booster merupakan penyelesaian selamat untuk menaikkan KH (Carbonate Hardness) tanpa mengganggu parameter GH (General Hardness).
Menggunakan kapur seperti Dolomite, Calcium Carbonate, atau Batu Karang akan mengambil masa untuk Karbonat mengaion, sekiranya tidak disukat dengan betul atau dimasukkan dalam kuantiti banyak risiko menjadikan air keras selepas beberapa hari dan GH jugak akan turut naik.
Antara fungsi utama :
- Penstabil / Menaikkan PH.
- Mendapatkan sasaran parameter yang sesuai untuk sistem baru ataupun selepas penukaran air baru.
2X DAN 6X?
Variasi KH Booster dilabel mengikut kepekatan karbonat iaitu 2x dan 6x.
KH Booster (2X)
1ml akan menaikkan 2dkh dan ±30ppm pada nisbah 1 liter.
**Sesuai untuk aplikasi sistem dibawah 1000l dan diguna sebagai penyelengaraan parameter.
KH Booster (6X)
1ml akan menaikkan 6dkh dan ±90ppm pada nisbah 1 liter.
**Sesuai untuk aplikasi sistem diatas 1000l dan pemula kolam sistem baru.
CARA PENGGUNAAN
- Goncang sebelum guna.
- Kira sasaran peningkatan KH.
- Gunakan Kalkulator Dos untuk mendapatkan sukatan yang tepat.
- Baca bacaan KH selepas 10 minit dos telah terlarut.
- Pastikan botol ditutup kemas jika tidak digunakan.
FAQ
Natrium (Sodium), Hidrogen Karbonat (Hydrogen Carbonate)
Produk ini bebas fosfat (phosphate). Tiada penggunaaan fosfat bagi mengurangkan kebarangkalian berlaku algae bloom di dalam akuarium/tangki ternakan.
Kandungan KH di dalam air akan berkurang atas beberapa sebab seperti berlakunya penguraian bahan organik yang terlalu tinggi di dalam air, pokok air terlalu banyak tanpa “diffuser” karbon dioksida dan beberapa faktor lain lagi. Disyorkan untuk memastikan bacaan berada di tahap yang optimum (4.5dKH minimum) supaya tidak berlaku penurunan PH yang mendadak.
Perkongsian disebalik logik dan kimia air diterangkan secara intensif di sini.
- CHERAS – Cheras Lobs Valley
- AMPANG – VA Lobster Farm
Berminat menjadi pengedar?
** Tekan Disini. FWC hanya menerima 1 pengedar untuk 1 kawasan sahaja