GH BOOSTER

“Dos secara selamat, mudah dan tepat”

Merupakan penyelesaian selamat untuk menaikkan GH (General Hardness) sesuai untuk air tawar dan air masin dengan nisbah 4:1 (Kalsium : Magnesium).

Bacaan GH (dGH) air yang tinggi biasanya dikenali sebagai air ‘keras’ sebaliknya jika bacaan rendah dikenali dengan air ‘lembut’.

Penggunaan GH Booster dilengkapi dengan Kalkulator Dos untuk memastikan bacaan kalsium dan magnesium yang tepat dapat dicapai.

Jenis Produk : Supplement

Saiz : 500ml | 5l

APA ITU GH BOOSTER?

Penggunaan kapur seperti Dolomite, Calcium Carbonate seperti batu karang, kulit telur, atau kulit kerang mengambil masa untuk menaikkan GH kerana kalsium dan magnesium memerlukan masa untuk mengaion memandangkan kebanyakkan kapur tidak terlarut terus di dalam air.

Sekiranya tidak disukat dengan betul atau dimasukkan dalam kuantiti yang banyak akan berisiko menjadikan air terlalu keras selepas beberapa hari.

GH Booster adalah solusi segera untuk menaikkan mineral bagi sistem yang sudah mempunyai ternakan ikan atau krustacea.

Antara fungsi utama :

  1. Pemineralan semula selepas pertukaran air baru.
  2. Menaikkan GH pada bacaan optimal untuk spesies yang berkembang maju di dalam air keras.
  3. Keperluan mineral kepada spesies krustacea untuk pertukaran kulit (molting) untuk pembesaran seperti siput, ketam dan udang. 
  4. Penyelenggaran mingguan.
  5. Dos segera sekiranya kapur tidak mampu membekalkan mineral dalam masa yang singkat.

BACAAN GH OPTIMAL?

Setiap 1ml GH Booster mampu menaikkan 9dGH untuk setiap 1 liter air ternakan/akuarium. Setiap 1ml juga mampu menaikkan KH secara purata 7dKH setiap 1 liter dengan menambah kandungan hidrosida (hydroxide) tanpa menaikkan PH secara mengejut. Kami mencadangkan penggunaan KH Booster sekiranya anda ingin menaikkan KH & PH secara serentak.

Carta menunjukkan jenis spesies yang sesuai mengikut kekerasan air. 

Kebanyakkan spesies mampu untuk bertahan hidup pada kekerasan yang rawak namun tidak dapat berkembang maju seperti pembesaran terbantut atau tidak berkembang biak.

Seperti contoh Crayfish/Udang Air Tawar seperti Red Claw (Cherax Quadricarinatus) memerlukan air keras untuk membesar kerana keperluan kalsium yang tinggi untuk pertukaran kulit (molting).

Cichlid seperti oscar pula lebih suka kepada air yang lebih keras menyerupai habitat asal spesies tersebut di Amerika Selatan.

Nota Kaki : Klik carta/rajah untuk zoom masuk.

CARA PENGGUNAAN

  1. Goncang sebelum guna.
  2. Kira sasaran peningkatan GH (tolak bacaan sistem/air semasa).
  3. Gunakan Kalkulator Dos untuk mendapatkan sukatan yang tepat.
  4. Baca bacaan GH selepas 15 minit dos telah terlarut.
  5. Pastikan botol ditutup kemas jika tidak digunakan.
Nota Kaki :
Sekiranya kolam/sistem mempunyai ternakan, disarankan dos tidak melebihi 50ppm untuk mengurangkan potensi stress. Bahagikan dos kepada beberapa fasa dalam tempoh 24 jam.

FAQ

Kalsium (Calcium), Magnesium, Hydroksida (Hydroxide), dan Air Suling (Distilled Water)

Produk ini bebas fosfat (phosphate). Tiada penggunaaan fosfat bagi mengurangkan kebarangkalian berlaku algae bloom di dalam akuarium/tangki ternakan.

Produk ini tidak mengandungi sebarang unsur Natrium (Sodium) dan Klorida (Chloride). Sesuai digunakan untuk kolam/sistem air tawar dengan tumbuhan akuatik.

Perkongsian disebalik logik dan kimia air diterangkan secara intensif di sini

Kandungan GH di dalam air akan berkurang dari semasa ke semasa atas beberapa faktor seperti berlakunya proses penukaran kulit (molting) bagi krutacea. Kebanyakkan krustacea akan menyerap ion kalsium dan magnesium terlarut semasa proses penukaran kulit. Semakin banyak krustacea yang bertukar kulit, semakin berkurangan kandungan kalsium dan magnesium terlarut di dalam air, kandungan GH akan menurun. Disarankan untuk memastikan bacaan GH berada di tahap optimum (8dGH) supaya dapat mengekalkan dan krustacea tidak terbantut.

DAPATKAN SEGERA DI

Atau melalui Pengedar Rasmi

Berminat menjadi pengedar?

** Tekan Disini. FWC hanya menerima 1 pengedar untuk 1 kawasan sahaja