Cara ‘Ternak’ Air?

Published by Fairus Munir on

Cara 'Ternak' Air?

Kolam Tanah

Biasa dengar ayat ni? 

Belajar bela/ternak air dulu sebelum belajar ternak binatang air!

Kata seorang Mahaguru kepada anak muridnya. Cliché🤔

Pengalaman seseorang yang dah lama berkecimpung di dalam bidang akuakultur atau ternakan air bukan mudah untuk diajar konsepnya kepada orang yang baru mahu mula. 

Jadi jangan tersinggung atau beranggapan guru berahsia, sebenarnya dia tahu bahawa yang akan menerima nanti akan pening dengan ‘konsep’ dan teknikal yang bakal disampaikan. 

Jadi nasihat awal kami, mulakan dengan ‘pilot test’ ataupun mulakan dengan ternakan dalam kuantiti yang kecil untuk mengurangkan risiko.

Jadi tip pertama? Jom mula ternak dulu! Mula dengan tip asas yang kami pernah kongsi di sini. 

Jadi perkongsian kali ni adalah akan berkisar tentang perkongsian daripada teknik asas dahulu.

Perkongsian kali ni akan jadi agak berat dengan maklumat harap anda ambil masa untuk hadamkami cuba sampaikan perkongsian ini dalam beberapa siri mungkin. 

**perkongsian mungkin akan berkisar lebih kepada penternakan udang kara / krustasea. 

Jadi jom kupas dulu.

Apa maksud dengan ‘ternak’ air?

Pemahaman mudahnya adalah usaha penternak untuk menyiapkan/menyediakan sistem air ternakan untuk menghampiri atau menyerupai sistem alam semula jadi.

Ini termasuk pengurusan air (secara biologi), kandungan air yang matang (dari segi mineral), ph stabil dan kandungan oksigen yang mencukupi.

Secara pandang atas jika semua senarai ni ticked maksudnya anda dah berjaya ‘ternak‘ air!

Jadi? Anda dah lulus untuk ternak ikan atau udang atau apa-apa ternakan air yang anda mahu!

Kesilapan yang selalu terjadi apabila penternak mula menternak dahulu kemudian bila berlaku kejadian/kematian baru nak belajar tentang macammana nak ternak air, bak kata pepatah “Sudah terhantuk baru terngadah”.

Jadi kali ni kita cuba sentuh dulu topik pertama daripada senarai tadi sebagai pembuka siri 1.

Dalam 4 tip asas di perkongsian lepas perkara pertama yang disentuh adalah nitrogen cycle atau kitaran nitrogen.

Jadi macammana nak mulakan kitaran nitrogen yang sihat di dalam sistem?

Pengurusan nitrogen secara semula jadi dilakukan oleh bakteria yang ada di dalam tanah (media), jadi kalau kita nak bina sesuatu yang menyerupai alam semulajadi, kita memerlukan media untuk menggantikan tanah sebagai perumah kepada bakteria ini. Hah! Dari sini datangnya istilah biomedia atau penapis biologi.

Kitaran Nitrogen
Kredit kepada 'centrevilleaquarium.com'

Dua jenis bakteria iaitu nitrosomonas dan nitrobacter yang bertanggungjawab ke atas penukaran bentuk nitrogen di dalam air kepada bentuk yang kurang berbahaya kepada ternakan kita. Perkara ini terlalu panjang untuk dihuraikan disini, kami mencadangkan anda menggunakan 4 minit dari masa berharga anda untuk menonton video dibawah 😁.

Graf di atas menunjukkan berapa lama bakteria untuk mula menghuni perumah (biomedia) yang kita sudah sediakan. Secara kasarnya 40 hari (pada bacaan nitrite 0ppm) diperlukan bagi 2 jenis bakteria ini matang sebagai ‘penjaga’ air ternakan kita nanti. 

Lama? Ya! Kesabaran itu penting untuk memastikan hasil ternakan kita selamat sehingga sampai masa ‘menuai’ atau hidup hingga akhir hayat bagi penggemar akuarium.

Kalau kita google ‘biomedia’ bermacam-macam jenis biomedia dan bentuk ada di pasaran. Anda boleh review dan pilih ikut bajet masing-masing.

Di sini kami tak tekankan jenis-jenis media ni dan keberkesanan dengan anggapan anda boleh cari sumbernya dengan pak cik google ya 🙊.

Jadi mana datangnya nitrogen ni?

Palet/Bahan makanan yang kita (penternak) bagi kepada ternakan ni kebanyakannya tinggi dengan protein (nitrogen adalah bahan asas kepada protein) memandangkan ternakan memang memerlukan protein untuk membesar, hasil penguraian (decompose) protein ni akan membentuk nitrogen dalam bentuk yang beracun kepada ternakan.

Protein yang dimaksudkan ini juga termasuk tinja ternakan yang juga boleh menyumbang kepada TN (Total Nitrogen) di dalam sistem kita.

Fish Poop Tinja Ikan
Melepas dengan gembira

Dua bentuk nitrogen beracun di dalam sistem kita ialah ammonia dan nitrite yang mana boleh menyebabkan kematian kepada ternakan kita. Sila rujuk video di atas tadi untuk lebih kefahaman tentang nitrogen cycle.

Untuk memulakan kitaran ni kami mencadangkan penternak untuk masukkan sumber protein (seperti palet tinggi protein) ke dalam sistem dan biarkan sistem berjalan sekurang-kurangnya 40 hari. Protein tersebut akan menjadi sumber ‘makanan’ kepada bakteria untuk mula menghuni dan koloni biomedia yang kita sudah sediakan. Sediakan set uji untuk menguji air anda juga, anda boleh cuba untuk mengurangkan masa matang bakteria dengan menggunakan produk bakteria sedia ada di pasaran (seperti API Quickstart). Tapi jangan lupa untuk terus mengawasi bacaan parameter air tau!

Tapi harus diingatkan, high stoking (kemasukkan ternakan dalam kuantiti yang banyak ke dalam sistem sekaligus) mungkin akan menyebabkan ammonia spike walaupun pada sistem yang sudah matang, jadi kami mencadangkan untuk mula masukkan ternakan sedikit demi sedikit supaya sistem anda tidak ‘terkejut’ dengan kenaikan ammonia/TN (hasil kumuh pernafasan, tinja, dan makanan dalam kadar yang banyak) secara mendadak.

Sekian untuk perkongsian kali ini, perkongsian seterusnya kita akan sentuh tentang keperluan mineral di dalam air dan jenis bacaan parameter GH (General Hardness) dan KH (Carbonate Hardness) dalam membantu pembesaran LAT.

Anda ada cadangan tajuk atau soalan? Boleh komen di bawah!


Fairus Munir

⛰️ Suka melihat alam semula, 🏃‍♂️ Permainan extreme, 🚄 Mencuba benda baru dan 💻 Freelancer programmer di didiynyer.com

0 Comments

Tinggalkan Balasan

Avatar placeholder

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.