Cara ‘Acclimate’ Ikan / Udang

Published by Fairus Munir on

Cara 'Acclimate' Ikan / Udang

Crayfish

Kami sudah google perkataan ‘Acclimate‘ di dalam Bahasa Malaysia tapi tak jumpa, apa kami jumpa hanya ‘menyesuaikan diri‘ tapi takut ada yang kurang faham jadi kami hanya guna istilah AcclimateΒ sepanjang perkongsian kali ini.

Tujuan utama penulisan ini adalah fokus kepada pendekatan yang kami (FWC) guna sepanjang procedur perpindahan anak benih ataupun induk ke air baru (kolam/tangki/akuarium baru).

Jadi apa maksud Acclimate?

Seperti terjemahan dalam google tadi, proses untuk menyesuaikan diri kepada persekitaran baru. Acclimate ni bukan boleh guna dekat binatang ternakan saja ya tetapi untuk manusia juga, ambil contoh kalau kita sendiri kalau selalu bertukar-tukar suhu kejap panas kejap sejuk boleh demam jugak tau πŸ˜….

Sedangkan manusia sendiri pun terjejas inikan lagi hidupan air.

Apa yang sebenarnya kita nak sesuai kan?Β 

Banyak sebenarnya!Β Termasuk ph, suhu, oksigen terlarut (DO), kekerasan air dan lain-lain lagi.

Kenapa perlu Acclimate?

Ambil contoh kita (manusia) tadi, sedangkan perubahan suhu saja boleh menyebabkan demam inikan parameter yang sangat banyak berubah pada haiwan ternakan kita. Kita berusaha untuk mengelakkan ikan / udang kita tadi dari stress yang mana boleh mengakibatkan bermacam-macam simptom seperti tidak mahu makan, kurang bergerak (tidak aktif) dan yang paling parah adalah kematian!

Kenapa kami berkongsi?

Ada bermacam-macam teknik yang anda boleh google sendiri termasuk di dalam Youtube sekalipun tetapi kami ingin berkongsi teknik yang kami gunakan dan berkesan untuk kami.

Kami lampirkan jugak video dari pautan Youtube yang lebih kurang seperti teknik kami untuk rujukan anda.


Antara video yang memberi penerangan yang sangat baik tentang cara / teknik acclimate.

Jika anda suka untuk rujukan video boleh klik di video ini, anda malas tengok?

Teruskan membaca πŸ˜†.

(*p/s: kami telah mengambil illustrasi 100% daripada wikihow.com untuk memudahkan dan membantu penceritaan untuk pemahaman anda).

6 Langkah Utama Semudah ABC.

1) Samakan parameter asas.

Sekiranya anda mendapatkan bekalan benih daripada kami, kami menyediakan anak benih seperti di dalam bekas plastik seperti gambar rajah.

Sekiranya ada mendapatkan ikan / udang di dalam bekas yang keras seperti polestrine atau bekas plastik kami mencadangkan untuk masukkan 25% air ke dalam bekas tersebut dan tunggu 15-30 minit.

(Langkah tambahan sekiranya anda mempunyai pam angin, boleh buka sedikit dan masukkan tiub ke dalam).

2) Buka plastik

Sekiranya anda menggunakan plastik, anda boleh mula buka dan pastikan bekas terapung di permukaan air.

Pastikan tiada air daripada dalam plastik terkeluar ke dalam bekas atau air baru.

3) Mula menambah air

Masukkan air 25% ke dalam bekas dan biarkan selama 4-5 min dan tambah lagi 25%.

Banyak mana 25%? Anda boleh agak-agak πŸ™Š. Tujuan proses ini adalah untuk membiasakan haiwan ternakan dengan air baru secara tidak mengejut.

4) Buang 50%

Apabila paras air hampir memenuhi bekas, buang 50%. 

(Jangan buang ke dalam kolam/akuarium baru!).

5) Mulakan semula proses 3

Masukkan 25% air ke dalam dan ulangi sehingga bekas hampir penuh. Senggang masa antara 4-5 minit.

5) Pindah ikan / udang ke dalam sistem baru

Anda boleh tapis ikan / udang anda dan masuk ke dalam sistem baru anda.

Kenapa kami tekan supaya atau tiada langsung air dari air lama ke dalam sistem baru?

Ini bagi menghalang dari bendasing / penyakit / pembawa penyakit yang mungkin dibawa bersama daripada kolam pembekal.

Jadi nampaknya sampai sini saja perkongsian ringkas daripada kami untuk kali ini.

Diharap dengan perkongsian ini akan bermanfaat kepada anda yang mahu berjinak atau baru hendak membuka pusat penternakan sendiri.

Sekiranya ada pertanyaan, boleh komen di bawah atau DM kami di ig/fb.

Sekian!


Fairus Munir

⛰️ Suka melihat alam semula, πŸƒβ€β™‚οΈ Permainan extreme, πŸš„ Mencuba benda baru dan πŸ’» Freelancer programmer di didiynyer.com

0 Comments

Tinggalkan Balasan

Avatar placeholder

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.