
USAHA SAMA
FWC membuka peluang kepada penternak yang ingin usaha sama bersama.
BERSAMA FWC
Seiring dengan salah satu misi utama FWC, kami sangat komited dalam berkongsi ilmu dan membantu individu yang ingin menjana atau memulakan perniagaan di dalam akuakultur. FWC menawarkan beberapa usaha sama yang mungkin sesuai dengan modal dan kapasiti bakal penternak.
Usaha sama bersama FWC, penternak tidak perlu hirau dan risau tentang hasil ternakan. FWC akan menjadi platform kepada hasil jualan penternak dan akan sentiasa bersama penternak sehingga mampu menjalankan perniagaan sendiri.
USAHA SAMA - PUSAT PENETASAN
Syarat Utama:
1) Tinggal di daerah Ampang, Selangor
2) Mempunyai ruang untuk menjalankan penternakan.
3) Mempunyai kenderaan untuk penghantaran benih atau induk.
4) Minat di dalam bidang akuakultur.
Objektif utama usaha sama ini adalah untuk memfokuskan kepada pengeluaran anak benih.
Kitaran modal adalah seawal 2 bulan pertama pengeluaran hasil. Usaha sama ini sangat sesuai bagi penternak yang mencari pendapatan sampingan dengan kos yang minima dan berisiko rendah.
Saringan
FWC hanya memilih penternak yang komited dan berdedikasi di dalam akuakultur. Sebelum melayakkan penternak sebagai rakan kongsi, pihak FWC akan melatih penternak tentang sistem dan teknik yang sesuai. Selepas proses pelatihan, wakil FWC akan menyelia penternak selama sebulan untuk melihat perkembangan sebelum melangkah ke tahap yang lebih serius dalam usaha sama ini.
Memorandum of Understanding (MoU)?
Sekiranya penternak bersetuju untuk usaha sama ini, pihak FWC dan penternak akan bersetuju kepada satu MoU. FWC bersetuju untuk menjadi penyelia kepada hasil tuaian penternak dan penternak bersetuju menjadi pengeluar benih LAT dan bersetuju dengan harga yang telah ditetapkan mengikut harga pasaran semasa benih LAT.
Bagaimana untuk usaha sama?
Anda boleh terus menghubungi kami melalui email ataupun melalui no telefon kami. Pihak FWC akan menerangkan dengan lebih jelas tentang usaha sama ini dan hala tuju penternak sebagai rakan usaha sama FWC! Atau boleh klik di sini untuk email kami.