Sebelum membincang dengan lebih terperinci tentang EM, kita perlu tahu perkara asas yang paling asas iaitu apa tu EM?
EM atau dikenali dengan Effective Microorganisms merupakan nama sebuah produk! Serious, memang nama sebuah produk. Disebabkan larisnya nama EM jadi kebanyakkan produk yang berasaskan probiotik (*eh probiotik plak dah, satgi kita sembang ) akan diberi nama EM.
Produk EM telah dicipta oleh Prof Teruo Higa dari University of the Ryukyus, Okinawa, Jepun pada 1982.
Prof Teruo Higa
Jadi inilah dia Prof Teruo Higa.
EM telah didaftarkan sebagai trademark rasmi dan dimiliki oleh syarikat EMRO (EM Research Organization).
Jadi asasnya EM adalah rumusan beberapa strain bakteria yang dihimpunkan di dalam satu produk untuk menjalankan tugas-tugas tertentu mengikut kajian beliau.
Sudah jelaskan apa itu EM?
Kami kepilkan satu video pendek rasmi daripada EMRO sendiri untuk penerangan lebih lanjut.
Sepanjang pemerhatian kami, hanya sebuah syarikat sahaja di Malaysia yang diiktiraf sebagai pengilang EM iaitu EMRO Malaysia Sdn Bhd boleh klik untuk maklumat lanjut.
Jadi berbalik kepada soalan kedua (*yang kami sembang dekat atas tadi).
Bahasa mudahnya Probiotik adalah makhluk seni atau bakteria hidup yang berguna untuk kita. Selagi mana depa berbakti seperti memproses sisa makan, mencuci usus dan lain-lain yang berguna kepada manusia selagi tu depa memegang title Probiotik. Termasuklah juga bakteria nitrogen (nitrifying bacteria) yang kita pernah sentuh dulu, boleh klik untuk bacaan lanjut.
Jadi secara mudahnya kita boleh kelaskan Vitagen denganYakult tu juga termasuk dalam jenis probiotik.
Antibiotik pulak? Kita sentuh topik tu pada posting akan datang!
Harap dengan perkongsian pendek ini dapat menjernihkan kekeliruan anda.
Jika ada perkongsian yang lain mahu kami sentuh boleh komen di ruang bawah.
Apa Kaitan PH vs KH vs GH? Hola Geng! Harini kita akan membincangkan perkara paling (fundamental) di dalam penternakan terutamanya yang berkaitan akuakultur. Kita akan membahaskan dengan menggunakan terma “layman terms” bagi memudahkan pemahaman dan penyampaian Read more…
Kuarantin? Kenapa? Kenapa perlu kuarantin dan apa SOP untuk kuarantin? Ada 2 keadaan yang memerlukan kepada kuarantin iaitu: 1) Induk / Benih yang baru diperkenalkan kepada sistem / ladang kita. 2) Induk / Benih yang Read more…
TDS vs TSS? Kredit kepada “slinya.en.made-in-china.com” Pernah guna atau pernah tengok alat ni? Pernah guna tapi tak pernah tahu kenapa guna 🤦♂️? Tak pernah nampak tapi pernah dengar singkatan TDS? Tak pernah dengar singkatan tapi Read more…
0 Comments